Jumaat, 24 September 2010

Mesin Jahitan Ke-2


Ini merupakan enjin kedua yg dibeli pada 18.09.2010.
Jenama Butterfly, Harga pada masa ini RM360

Jumaat, 17 September 2010

Teknik Bunga Kenanga

Untuk mendownload teknik ini sila lah ke url yang tertera di bawah.
Selamat mencuba.

http://maribelajarsulamanmanik.com

Kemudian cari ikon di bawah.

Sabtu, 11 September 2010

Code 12

Sulaman Manik simple di bahagian leher.

Khamis, 22 Julai 2010

Tampung Seribu @ Patchwork - Part 4

Ok dalam Part 3 cuma diletakkan contoh rajah sahaja. Ok ni gambar sebenar.

Khamis, 15 Julai 2010

Tampung Seribu @ Patchwork - Part 3

Setelah siap membalut kain pada kertas tersebut. Sambungkan nya seperti rajah di bawah.


Rajah 1 (17 heksagon biru, 8 heksagon jingga)

Rajah 2 (17 heksagon jingga, 8 heksagon biru)

Sediakan kedua-dua set seperti dlm rajah 1 & 2.

Kemudian sambung kan seperti rajah di bawah.



Hasil kerja sebenar akn di upload kemudian.

Tampung Seribu @ Patchwork - Part 2

Bahan dah ready now its working time.

Kaedahnya:-

Mula-mula ambik surat khabar @ majalah gunting ikut bentuk heksagon yg diingini. Size besar @ kecil ikut kesesuaian masing2. Gunting sebanyak yg diperlukan sbb ianya boleh kt recycle penggunaan nya nanti.


Guntingkn kain kedua-dua tona dlm bentuk segeimpat sama.


Pada kain tersebut letakkan kertas heksagon & lipat kain mengikut bentuk heksagon tersebut dan jahit kasar di sekeliling bentuk heksagon. Tak perlu matikan benang cukup sekadar boleh menahan kain dlm bentuk asal.


Bahagian depan setelah selesai di jahit kasar (tekol)

Bahagian belakang

Jahitkan kedua-dua tona warna tersebut seperti sampel di atas.

Rabu, 14 Julai 2010

Tampung Seribu @ Patchwork - Part 1

Patchwork @ dikenali sebagai tampung seribu di Sarawak. Biasanya tampung seribu ni di hasilkan utk di jadikan selimut. Namun begitu ianya tetap boleh di pelbagaikan mengikut kreativiti masing2. Ianya terdapat dlm pelbagai bentuk, antaranya bentuk heksagon atau segeimpat.

Sekiranya nak yg lbh seragam, maka belilah kain cotton. Berapa bnyk nak beli? Ikut keperluan dan size selimut yg dikehendaki.

Utk sesi kali ni saya akan uploadkn cara-cara menghasilkan selimut tampung seribu berbentuk heksagon.

Bahan-bahan yg diperlukan:-
  • Kain (2 tona warna)
  • Suratkhabar @ majalah yg tak digunakan lagi
  • Benang
  • Jarum
  • Gunting