Rabu, 5 Mei 2010

Jenis-Jenis Teknik Jahitan Manik-01

Hasil latihan jahitan untuk teknik-teknik manik yang telah dipelajari. Ini baru cubaan pertama. Hasil kerja akan diperhalusi agar ianya nampak lebih kemas.

Teknik Iring
Teknik Bunga Bintang
Teknik Silang Pangkah
Teknik Jelujur




Code 11

Ini adalah hasil gabungan kristal biasa dengan manik bentuk heksagon utk bahagian badan baju. Yang ini pulak jahitan utk hujung lengan baju. Ini merupakan salah satu contoh teknik iring.

Ahad, 2 Mei 2010

Lama juga rasanya tak update blog. Sekarang tgh bz mengikuti kelas manik bg memantapkan lagi hasil jahitan. Selain itu, tgh menyiapkan crochet (kait satu jarum) selimut baby utk diserahkan kpd baby ariana. Hari tu buat kasut tp kakinya dah membesar hehe so kesian lah balik dgn tangan kosong. Ini sbg gantinya nye ye ila.

Jumaat, 2 April 2010

Simoh Cengkih

Ini merupakan simoh jenis cengkih @ juga di kenali sebagai simoh madu tiga. Ianya boleh dijahit menggunakan benang satu tona sahaja @ 2 tona warna.

Jumaat, 5 Mac 2010

Simoh Ulat & Simoh Kerang

Mari kita lihat jenis simoh yang sesuai di jahit pada leher baju kurung. Simoh jenis ini boleh di jahit dengan menggunakan 2 warna benang.

Jumaat, 26 Februari 2010

Sulaman Tangan Sarawak 02

Sulaman Tangan ini di kenali sebagai sulaman tampal @ kotak. Ianya amat sesuai di jahit pada baju kurung @ baju melayu kain jenis polos (kosong).


Contoh sulaman pada bahagian poket baju.


Sulaman ini kebiasaanya di jahit pada hujung tangan,kaki baju bagi baju kurung & untuk baju melayu pula ianya biasanya di jahit pada poket,hujung tangan & kaki baju.

Khamis, 4 Februari 2010

Code 10

Baju kurung ini diperbuat daripada kain yang lembut dan nipis. Semasa menjahit manik dan labuci, kesabaran dan ketelitian amatlah diperlukan kerana urat benang kainnya mudah tercabut.
Leher Baju

Tangan Baju