Sabtu, 19 November 2011

Code 15 - Koleksi 2011


Harap Maaf gambar kurang memuaskan. Baju tunang ini ditampal dengan menggunakan lace, kemudiannya di taburkan dengan manik dan labuci.

Code 14 -Koleksi 2011

Motor mesin jahit


Enjin jahit sedia ada jenis enjin jahit kaki. So masa jahit langsir dulu, penat nak siapkan jahitan. So sekarang aku beli motor ni utk mengupgradekan enjin sedia ada.

Button Holer


Ini antara koleksi terkini alatan jahitan yang dibeli untuk projek tahun depan. Insyaallah sekiranya ada kelapangan masa. Asal harga nya masa mak beli baru RM60, tp sekarang harganya dah Rm260.

Jumaat, 3 Jun 2011

S01

Pandangan depan

Pandangan Belakang

Selendang pendek untuk pengantin. Menggunakan lace tapestry beserta manik tabur.

Code 14

Jahitan Manik di kaki baju labuh.

Manik di tabur sedikit pada bahagian bawah baju kebaya

Gambaran keseluruhan baju. Maaf sekiranya gambar kurang jelas.

Isnin, 30 Mei 2011

Tudung Bermanik (T02)

Teknik Bunga Teratai yang telah di ubah suai sedikit digabungkan teknik manik tabur

Tudung Bermanik (T01)


Gabungan teknik tabur serta bunga selasih untuk menghiasi awning tudung sanding ini.

Khamis, 7 April 2011

Tempahan Manik

Lama juga rasanya tak update blog. Buat masa ni ada beberapa tempahan yang hendak di siapkan dalam senarai. Antaranya seperti berikut:

Tempahan yang perlu disiapkan sebelum cuti Gawai.

  1. Baju kurung polos (2 pasang) - jahitan manik pada leher dan tangan baju
  2. Tudung pengantin ( 2 pasang)
  3. Selendang pengantin/selayah (2 pasang) -
  4. Baju sanding
Syukur tempahan dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Sabtu, 26 Februari 2011

Kelas Manik Crumble di Kuching - 19.03.2011

Kelas Crumble manik akan di adakan di Kuching. Bagi yang berminat bolehlah emailkan ke alamat yg tertera pada slide.

Anda boleh memilih maximum 5 teknik drpd 8 teknik yang terdapat pd gambar.

Selasa, 8 Februari 2011

Khamis, 3 Februari 2011

Bunga Crochet 01

Ini merupakan hasil crochet pertama. Bunga Crochet dikait menggunakan dua tone warna. Biru dan putih. Tak siap kemasan lagi ni.



Benang Crochet Halus

Ini merupakan diantara warna benang crochet yang menjadi pilihan untuk projek crochet terbaru ku. Tempahan bunga telah diterima. Sekarang tengah menyiapkannya.

Jumaat, 28 Januari 2011

TEKNIK GELANG PEYOTE 1 LAYER

Bagi yang berminat utk mempelajari teknik ini bolehlah emailkan ke kedaialamanda@yahoo.com

Selasa, 25 Januari 2011

Crochet Headband




Ini merupakan projek terkini, Headband buat si manja anda. Jom lihat koleksi yg dah siap.
Sekiranya berminat bolehlh buat tempahan mengikut warna kesukaan anda.

Khamis, 13 Januari 2011

Crochet Hexagon

Crochet bentuk hexagon amat sesuai digunakan sebagai alas meja, alas tv dsb nya mengikut kreativiti masing-masing. Kombinasi benang pelbagai warna akan menjadikan hasil kerja anda lebih menarik.